2.0 ANALISA
KARYA PELUKIS
Analisa karya pelukis adalah huraian
tentang hasil karya pelukis dari pelbagai aspek seperti nama dan tajuk lukisan,
media dan alat yang digunakan, tempoh penghasilan karya, tema karya dan
tentulah siapa penulisnya.
Seperti kehendak tugasan kali ini, kupasan tentang Matlamat ke – 13 Pembangunan Lestari perubahan iklim dalam 6 penghasilan karya seni tempatan dan luar negara.
2.1 Karya
tempatan
a) Pelukis : Syed Ahmad Jamal
Tajuk : Endau
Rompin
Tahun : 1985
Media : Cat Minyak ( seni tampak )
Karya tempatan pertama yang saya pilih ini menjadi hiasan di
dinding Bank Negara Malaysia. Syed Ahmad Jamal menggunakan sepenuhnya Cat
Minyak di atas kanvas. Dihasilkan oleh Tokoh Catan negara yang menggabungkan
beberapa Unsur seni yang nyata dalam Prinsip Rekaan. Beliau menggunakan warna
alam seperti biru, hijau dan sedikit coklat menghasilkan keharmonian pada karya
ini. Manakala warna terang yang kontra seperti oren dan kuning sebagai
penegasan di situ. Kepelbagaian garisan yang menghasilkan pelbagai rupa seperti
bayang-bayang pokok, bentuk -bentuk daun dan bayang-bayang bulan. Kedudukan
bintang di waktu malam berjauhan antara satu sama lain mewujudkan ruang pada
langit yang jauh di atas. Karya ini juga memberi efek pergerakan di sebelah
kanan lukisan dan kedudukan hutan di tengah-tengah seakan-akan menghasilkan
sebuah karya yang sempurna. Karya ini boleh dikaitkan dengan matlamat ke-13
Pendidikan Berkualiti iaitu berkisar tentang Hutan simpan yang masih tersimpan
rapi oleh pihak yang berwajib. Penampakan iklim nyaman di situ, bintang cerah
menghiasi malam, pokok-pokok menghijau yang tidak di usik untuk sebarang
aktiviti haram dan sunagi yang langsung tidak tercemar. Oleh kerana semuanya
masih terjaga rapi, sudah tentu kehadiran oksigen yang tinggi di kawasan ini,
hidupan di dalam hutan ini mendapat gas oksigen cukup daripada tumbuhan hijau dan haiwan di
dalamnya menyediakan karbon dioksida untuk tumbuh-tumbuhan. Hidupan di Endau
Rompin ini mendapat cahaya matahari yang cukup serta suhu yang konsisten
menyebabkan hutan ini tumbuh segar setiap tahun selagi pihak berwajib
menjalankan amanah yang diberi. Pelukis ingin menyampaikan mesej bahawa
penjagaan rapi hutan Endau Rompin ini
memberi impak besar kepada ekosistem bagi menyeimbangkan iklim negara
kita.
b) Pelukis :
Shaimy Hashim
Tajuk : Belum 3
Tahun : 2007
Media : Cat Minyak
Saiz asal : 960 x 625
Karya
tempatan kedua pilihan saya adalah aliran Sureliasme yang bermaksud kontradiksi
antara mimpi dan reality menjadi nyata dalam gambar yang memperlihatkan
objek-objek nyata dalam keadaan yang tidak mungkin terjadi, seperti mimpi atau
alam bawah sedar. Surealisme tidak akan membawa konteks sesuatu objek yang
tidak berada dilingkungan manusia dan alam dunia. Karya yang dihasilkan oleh
Shaimy Hashim ini hampir keseluruhan menggunakan warna suram. Dari aspek unsur
seni garisan menghasilkan rupa dan bentuk seperti kepala, tanah, laut potongan
pokok. Setiap bentuk memberi ruang antara satu sama lain mempunyai mesej
tersendiri. Prinsip rekaan aspek keseimbangan sama berat dalam karya ini.
Kontra dan penegasan di situ ialah gambar kepala di sebelah kiri karya yang
berwarna putih mukanya dan hijau pada rambutnya. Terdapat objek yang jauh
bersaiz kecil iaitu bukit-bukit berhampiran satu lagi kepala yang hamper
tenggelam. Mesej jelas yang digambarkan secara keseluruhan adalah perasaan
sedih dan kecewa serta ketidakpuashatian
pelukis Shaimy Hashim tentang hutan simpan Belum di utara Perak .
Hutan yang dulunya khazanah semulajadi negara tempat pelbagai tumbuhan
keras hutan hujan tropika yang sukar ditemui kini seperti Cengal, Meranti,
Merbau dan Keruing serta tempat pelbagai jenis tumbuhan herba yang boleh
digunakan untuk merawat penyakit secara tradisional selain tempat sepsis flora
dan fauna yang sukar ditemui seperti Harimau, Gajah dan bunga Rafflesia kini
diancam kepupusan. Pembalakan haram digambarkan dengan tinggalam pokok yang
ditebang dengan metafora warna air air yang lesu kemerahan seolah-olah darah
yang mengalir daripada pokok-pokok yang ditebang. Jelas aktiviti-aktiviti ini
menjejaskan ekosistem antara alam dengan manusia.
Dalam
Matlamat ke 13- Pendidikan Iklim apabila ekosistem di sesuatu Kawasan terjejas
secara tidak langsung keperluan hidupan terhadap oksigen juga berkurang
walaupun tidak nampak pada mata kasar. Seperti yang kita maklum, jika tiada
pokok dan tumbuhan hijau, penggunaan gas oksigen meningkat tetapi sumber terhad
maka pemanasan global terjadi. Apabila pemanasan global terjadi maka suhu
meningkat menyebabkan bencana akan berlaku seperti paras air laut akan meningkat
menyebabkan ladang-ladang rosak, kebuluran makanan dan banyak lagi. Senario
yang berlaku baru-baru ini hujan lebat ekstrem hampir diseluruh negara dan
banjir kilat yang menyebabkan kerugian yang nyata dalam bidang ekonomi negara.
Peningkatan pengeluaran Gas Rumah Hijau di Malaysia juga semakin meningkat
sejak tahun 2017.
c) Pelukis : A. Ghafar Bahari
Tajuk : Hulu
Yam River
Tahun : 2013
Media : Cat Air
Saiz asal : 50 x 70
Karya ke tiga ialah karya A.Ghafar Bahari aliran jenis
Naturalisme. Media yang
digunakan ialah cat air. Unsur seni paling ketara ialah penggunaan warna pada
pokok-pokok dimana pokok yg berada jauh warnanya agak kabur dan pokok yang
berada di hadapan warnanya agak terang. Begitu juga penggunaan garisan pada
batang pokok, dahan pokok dan rupa bentuk batu menjadikan kesatuan dan harmoni
dari aspek prinsip rekaan. Penggunaan ruang
cahaya sebagai penegasan seperti pada air sungai. Karya ini seimbang dan
ada unsur pergerakan daun -daun dan jalinan akar kayu. Senario dalam karya ini
jelas membantu ekosistem negara dalam meningkatkan kuantiti oksigen untuk
hidupan lain. Situasi tumbuhan hijau dan tiada aktiviti pembalakan serta
pencemaran air sungai suhu dapat dapat dikekalkan dan Rumah Gas hijau dapat
dikurangkan. Aktiviti ini sejajar dengan matlamat ke -13 Perubahan Iklim untuk
membantu menurunkan suhu Bumi supaya tidak berlaku limpahan air laut yang boleh
mendatangkan kerugian kepada dunia.
2.2 Karya luar
negara
d) Pelukis : Ivan Ivanovich Shishkin
Tajuk : Logging
Tahun : 1867
Media : Cat Minyak ( seni tampak )
Karya
luar negara pertama ini dilukis
menggunakan media cat minyak di atas kanvas. Karya Ivan ini nampak keasliannya
dengan warna dan ruang serta komposisi objek. Di bahagian tengahnya adalah
pokok Pinus yang tumbang. Pokoknya masih mudah dan tunggulnya masih mengalir
seperti darah. Apa yang menariknya lukisan ini ada sambungannya di mana para
petani yang bertugas memotong pokok ini berehat dan berteduh di sebalik pokok
berhampiran sungai berlatar belakangkan langit yang suram menandakan sudah
terlambat. Karya bertajuk ‘Logging’ atau pembalakan ini memenuhi ciri-ciri
hutan di Rusia di mana negara asal pelukisnya. Warna yang digunakan hanya
warnah tanah seperti hijau dan kecoklatan pelbagai rona. Hutan yang
kebanyakannya konifer diselingi kekurangan cahaya matahari dan nutrien. Pelukis jelas ingin
menyampaikan mesej bahawa aktiviti pembalakan membawa kesan yang sangat buruk
kepada manusia sejagat. Menuju kepada kesan Matlamat ke 13- Pendidikan
perubahan iklim dunia, kesan pembalakan boleh menyebabkan banjir kilat di
sesuatu kawasan dan susah tentu terjadinya hakisan dan tanah runtuh. Aktiviti
ini juga mengurangkan tumbuhan hijau iaitu punca oksigen kepada hidupan lain.
e) Pelukis :
Hibriditas Raden Saleh
Tajuk : Merapi
Letusan Malam Hari
Tahun : 1865
Media : Cat Minyak
Saiz : 75 x 117 cm
Karya kedua daripada pelukis Indonesia ini agak
istimewa kerana ada dua versi Merapi Letusan Siang Hari dan Merapi Letusan
Malam Hari. Karya ini disampaikan dengan Romantisisme. Pada tahun 1865 Raden
Saleh telah pergi ke Perbatasan Srakarta, Jawa Tengah Indonesia bagi merasai
sendiri pengalaman berhadapan dengan bencana Letusan Gunung Berapi,
Merapi.Kemudian beliau mendalami sejauh mana lahar mengalir dan arusan yang boleh ditimbulkannya
supaya karyanya nanti boleh memberi fungsi dan makna dalam geologi. Dalam unsur
seni jelas penegasan dalam warna merah bahawa larva yang mengalir itu sangat
panas dan membuak-buak. Kesatuan dan keharmonian ketebalan larva yang mengalir
seolah-olah memberitahu kita bahawa ia berlangsung selama beberapa bulan untuk
dimuntahkan sehingga habis. Kewujudan bulan di situ menggambarkan karya pada
malam hari. Asap yang berkepul-kepul ini naik ke atas dan udara di sekeliling
sudah pasti menyebabkan pencemaran udara yang lama di seseuatu kawasan malahan merebak ke
negara Jiran juga. Banyak hutan musnah akibat aliran larva yang panas serta
hujan asid akan turun. Akhirnya lapisan ozon akan nipis.
f) Pelukis :
Zaria Forman
Tajuk : Chase
The Light
Tahun : 1865
Media : Cat Minyak
Saiz : 720 x 472
Karya
yang unik ini digelar ‘Hyperrealistic Painting’. Semua karya Zaria Forman ini
dihasikan bukan menggunakan kuas atau berus tetapi sepenuhnya menggunakan jari
pelukis. Beliau mengadun rona warna seperti adunan kek yang nampak sedap mata
memandang. Begitu juga dengan bongkah ais ini hanya dengan dua warna asas iaitu
Biru dan Putih sudah cukup membuatkan kita bagai berada di antartik. Jelas
seimbang unsur seni dan prinsip rekaan di mana pencahayaan yang membuat bongkah
ais menurun dan seakan akan cair jika terus disinari cahaya. Keharmonian dan
kesatuan warna dan jalinan air menyatakan suhu yang negative dan sangat sejuk.
Isu matlamat ke 13 Pembangunan Lestari perubahan iklim sekiranya suhu dunia
meningkat, tidak hairanlah semua bongkah ais mencair sedikit demi sedikit dan
menyebabkan paras air laut meningkatlantas bencana alam akan berlaku di mana
akan ada sesetengah negara tenggelam. Ngeri bukan, tapi itu bukanlan sesuatu
yang tidak mungkin berlaku tetapi boleh berlaku walaupun antartika dan antartik
terletak di hujung dunia kerana Bumi berputar di atas paksinya selama 24 jam
dan beredar di obitnya selama satu tahun.
3.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhan aktiviti seharian
manusia sejagat juga memberi kesan kepada udara di sekeliling, sebagai contoh
jika seorang lelaki dewasa merokok, jika dua orang merokok dan seterusnya jika
dikumpulkan asap rokok itu dan melepas ke udara tetap tercemar udara kita
bukan? Begitu halnya juga asap kereta, bayangkan sebuah keluarga secara purata
mempunya dua buah kereta dan menggunakannya setiap hari dan kesan asapnya yang
menyebabkan pertambahan gas karbon monoksida serta menipiskan lapisan ozon
selaras dengan kesan matlamat ke 13 Pembangunan Lestari perubahan Iklim.
Penggunaan seharian barangan elektrik seperti penyaman udara dan banyak lagi
jika kita berhemah menggunakannya pasti kita dapat membantu dunia dalam
mengurangkan jumlah rumah hijau dalam negara kita. Kesan matlamat ke 13
Pembangunan Lestari perubahan Iklim ini tidak berkisar untuk kita tetapi
generasi yang akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan