Ahad, 6 Mac 2022

Kesan Matlamat ke 13 Pembangunan Lestari Perubahan Iklim

 

2.0  ANALISA KARYA PELUKIS

Analisa karya pelukis adalah huraian tentang hasil karya pelukis dari pelbagai aspek seperti nama dan tajuk lukisan, media dan alat yang digunakan, tempoh penghasilan karya, tema karya dan tentulah siapa penulisnya.

            Seperti kehendak tugasan kali ini, kupasan tentang  Matlamat ke – 13 Pembangunan Lestari perubahan iklim dalam 6 penghasilan karya seni tempatan dan luar negara.

2.1  Karya tempatan

a)       Pelukis : Syed Ahmad Jamal

Tajuk  : Endau Rompin

Tahun : 1985

Media : Cat Minyak ( seni tampak )

                                 


                Karya tempatan pertama yang saya pilih ini menjadi hiasan di dinding Bank Negara Malaysia. Syed Ahmad Jamal menggunakan sepenuhnya Cat Minyak di atas kanvas. Dihasilkan oleh Tokoh Catan negara yang menggabungkan beberapa Unsur seni yang nyata dalam Prinsip Rekaan. Beliau menggunakan warna alam seperti biru, hijau dan sedikit coklat menghasilkan keharmonian pada karya ini. Manakala warna terang yang kontra seperti oren dan kuning sebagai penegasan di situ. Kepelbagaian garisan yang menghasilkan pelbagai rupa seperti bayang-bayang pokok, bentuk -bentuk daun dan bayang-bayang bulan. Kedudukan bintang di waktu malam berjauhan antara satu sama lain mewujudkan ruang pada langit yang jauh di atas. Karya ini juga memberi efek pergerakan di sebelah kanan lukisan dan kedudukan hutan di tengah-tengah seakan-akan menghasilkan sebuah karya yang sempurna. Karya ini boleh dikaitkan dengan matlamat ke-13 Pendidikan Berkualiti iaitu berkisar tentang Hutan simpan yang masih tersimpan rapi oleh pihak yang berwajib. Penampakan iklim nyaman di situ, bintang cerah menghiasi malam, pokok-pokok menghijau yang tidak di usik untuk sebarang aktiviti haram dan sunagi yang langsung tidak tercemar. Oleh kerana semuanya masih terjaga rapi, sudah tentu kehadiran oksigen yang tinggi di kawasan ini, hidupan di dalam hutan ini mendapat gas oksigen cukup  daripada tumbuhan hijau dan haiwan di dalamnya menyediakan karbon dioksida untuk tumbuh-tumbuhan. Hidupan di Endau Rompin ini mendapat cahaya matahari yang cukup serta suhu yang konsisten menyebabkan hutan ini tumbuh segar setiap tahun selagi pihak berwajib menjalankan amanah yang diberi. Pelukis ingin menyampaikan mesej bahawa penjagaan rapi hutan Endau Rompin ini  memberi impak besar kepada ekosistem bagi menyeimbangkan iklim negara kita.

b)      Pelukis : Shaimy Hashim

Tajuk  : Belum 3

Tahun : 2007

Media : Cat Minyak

Saiz asal : 960 x 625

                       


            Karya tempatan kedua pilihan saya adalah aliran Sureliasme yang bermaksud kontradiksi antara mimpi dan reality menjadi nyata dalam gambar yang memperlihatkan objek-objek nyata dalam keadaan yang tidak mungkin terjadi, seperti mimpi atau alam bawah sedar. Surealisme tidak akan membawa konteks sesuatu objek yang tidak berada dilingkungan manusia dan alam dunia. Karya yang dihasilkan oleh Shaimy Hashim ini hampir keseluruhan menggunakan warna suram. Dari aspek unsur seni garisan menghasilkan rupa dan bentuk seperti kepala, tanah, laut potongan pokok. Setiap bentuk memberi ruang antara satu sama lain mempunyai mesej tersendiri. Prinsip rekaan aspek keseimbangan sama berat dalam karya ini. Kontra dan penegasan di situ ialah gambar kepala di sebelah kiri karya yang berwarna putih mukanya dan hijau pada rambutnya. Terdapat objek yang jauh bersaiz kecil iaitu bukit-bukit berhampiran satu lagi kepala yang hamper tenggelam. Mesej jelas yang digambarkan secara keseluruhan adalah perasaan sedih dan kecewa  serta ketidakpuashatian pelukis Shaimy Hashim tentang hutan simpan Belum di  utara Perak .  Hutan yang dulunya khazanah semulajadi negara tempat pelbagai tumbuhan keras hutan hujan tropika yang sukar ditemui kini seperti Cengal, Meranti, Merbau dan Keruing serta tempat pelbagai jenis tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk merawat penyakit secara tradisional selain tempat sepsis flora dan fauna yang sukar ditemui seperti Harimau, Gajah dan bunga Rafflesia kini diancam kepupusan. Pembalakan haram digambarkan dengan tinggalam pokok yang ditebang dengan metafora warna air air yang lesu kemerahan seolah-olah darah yang mengalir daripada pokok-pokok yang ditebang. Jelas aktiviti-aktiviti ini menjejaskan ekosistem antara alam dengan manusia.

Dalam Matlamat ke 13- Pendidikan Iklim apabila ekosistem di sesuatu Kawasan terjejas secara tidak langsung keperluan hidupan terhadap oksigen juga berkurang walaupun tidak nampak pada mata kasar. Seperti yang kita maklum, jika tiada pokok dan tumbuhan hijau, penggunaan gas oksigen meningkat tetapi sumber terhad maka pemanasan global terjadi. Apabila pemanasan global terjadi maka suhu meningkat menyebabkan bencana akan berlaku seperti paras air laut akan meningkat menyebabkan ladang-ladang rosak, kebuluran makanan dan banyak lagi. Senario yang berlaku baru-baru ini hujan lebat ekstrem hampir diseluruh negara dan banjir kilat yang menyebabkan kerugian yang nyata dalam bidang ekonomi negara. Peningkatan pengeluaran Gas Rumah Hijau di Malaysia juga semakin meningkat sejak tahun 2017.  

c)       Pelukis : A. Ghafar Bahari

Tajuk  : Hulu Yam River

Tahun : 2013

Media : Cat Air

Saiz asal : 50 x 70

                           


                Karya ke tiga ialah karya A.Ghafar Bahari aliran jenis Naturalisme. Media yang digunakan ialah cat air. Unsur seni paling ketara ialah penggunaan warna pada pokok-pokok dimana pokok yg berada jauh warnanya agak kabur dan pokok yang berada di hadapan warnanya agak terang. Begitu juga penggunaan garisan pada batang pokok, dahan pokok dan rupa bentuk batu menjadikan kesatuan dan harmoni dari aspek prinsip rekaan. Penggunaan ruang  cahaya sebagai penegasan seperti pada air sungai. Karya ini seimbang dan ada unsur pergerakan daun -daun dan jalinan akar kayu. Senario dalam karya ini jelas membantu ekosistem negara dalam meningkatkan kuantiti oksigen untuk hidupan lain. Situasi tumbuhan hijau dan tiada aktiviti pembalakan serta pencemaran air sungai suhu dapat dapat dikekalkan dan Rumah Gas hijau dapat dikurangkan. Aktiviti ini sejajar dengan matlamat ke -13 Perubahan Iklim untuk membantu menurunkan suhu Bumi supaya tidak berlaku limpahan air laut yang boleh mendatangkan kerugian kepada dunia.

 

2.2  Karya luar negara

d)       Pelukis : Ivan Ivanovich Shishkin

Tajuk  : Logging

Tahun : 1867

Media : Cat Minyak ( seni tampak )


            Karya luar  negara pertama ini dilukis menggunakan media cat minyak di atas kanvas. Karya Ivan ini nampak keasliannya dengan warna dan ruang serta komposisi objek. Di bahagian tengahnya adalah pokok Pinus yang tumbang. Pokoknya masih mudah dan tunggulnya masih mengalir seperti darah. Apa yang menariknya lukisan ini ada sambungannya di mana para petani yang bertugas memotong pokok ini berehat dan berteduh di sebalik pokok berhampiran sungai berlatar belakangkan langit yang suram menandakan sudah terlambat. Karya bertajuk ‘Logging’ atau pembalakan ini memenuhi ciri-ciri hutan di Rusia di mana negara asal pelukisnya. Warna yang digunakan hanya warnah tanah seperti hijau dan kecoklatan pelbagai rona. Hutan yang kebanyakannya konifer diselingi kekurangan cahaya matahari   dan nutrien. Pelukis jelas ingin menyampaikan mesej bahawa aktiviti pembalakan membawa kesan yang sangat buruk kepada manusia sejagat. Menuju kepada kesan Matlamat ke 13- Pendidikan perubahan iklim dunia, kesan pembalakan boleh menyebabkan banjir kilat di sesuatu kawasan dan susah tentu terjadinya hakisan dan tanah runtuh. Aktiviti ini juga mengurangkan tumbuhan hijau iaitu punca oksigen kepada hidupan lain.

 

e)      Pelukis : Hibriditas Raden Saleh

Tajuk  : Merapi Letusan Malam Hari

Tahun : 1865

Media : Cat Minyak

Saiz : 75 x 117 cm

                    


                Karya kedua daripada pelukis Indonesia ini agak istimewa kerana ada dua versi Merapi Letusan Siang Hari dan Merapi Letusan Malam Hari. Karya ini disampaikan dengan Romantisisme. Pada tahun 1865 Raden Saleh telah pergi ke Perbatasan Srakarta, Jawa Tengah Indonesia bagi merasai sendiri pengalaman berhadapan dengan bencana Letusan Gunung Berapi, Merapi.Kemudian beliau mendalami sejauh mana lahar mengalir             dan arusan yang boleh ditimbulkannya supaya karyanya nanti boleh memberi fungsi dan makna dalam geologi. Dalam unsur seni jelas penegasan dalam warna merah bahawa larva yang mengalir itu sangat panas dan membuak-buak. Kesatuan dan keharmonian ketebalan larva yang mengalir seolah-olah memberitahu kita bahawa ia berlangsung selama beberapa bulan untuk dimuntahkan sehingga habis. Kewujudan bulan di situ menggambarkan karya pada malam hari. Asap yang berkepul-kepul ini naik ke atas dan udara di sekeliling sudah pasti menyebabkan pencemaran udara yang lama   di seseuatu kawasan malahan merebak ke negara Jiran juga. Banyak hutan musnah akibat aliran larva yang panas serta hujan asid akan turun. Akhirnya lapisan ozon akan nipis.    

f)       Pelukis : Zaria Forman

Tajuk  : Chase The Light

Tahun : 1865

Media : Cat Minyak

Saiz : 720 x 472



            Karya yang unik ini digelar ‘Hyperrealistic Painting’. Semua karya Zaria Forman ini dihasikan bukan menggunakan kuas atau berus tetapi sepenuhnya menggunakan jari pelukis. Beliau mengadun rona warna seperti adunan kek yang nampak sedap mata memandang. Begitu juga dengan bongkah ais ini hanya dengan dua warna asas iaitu Biru dan Putih sudah cukup membuatkan kita bagai berada di antartik. Jelas seimbang unsur seni dan prinsip rekaan di mana pencahayaan yang membuat bongkah ais menurun dan seakan akan cair jika terus disinari cahaya. Keharmonian dan kesatuan warna dan jalinan air menyatakan suhu yang negative dan sangat sejuk. Isu matlamat ke 13 Pembangunan Lestari perubahan iklim sekiranya suhu dunia meningkat, tidak hairanlah semua bongkah ais mencair sedikit demi sedikit dan menyebabkan paras air laut meningkatlantas bencana alam akan berlaku di mana akan ada sesetengah negara tenggelam. Ngeri bukan, tapi itu bukanlan sesuatu yang tidak mungkin berlaku tetapi boleh berlaku walaupun antartika dan antartik terletak di hujung dunia kerana Bumi berputar di atas paksinya selama 24 jam dan beredar di obitnya selama satu tahun.

3.0 KESIMPULAN   

Secara keseluruhan aktiviti seharian manusia sejagat juga memberi kesan kepada udara di sekeliling, sebagai contoh jika seorang lelaki dewasa merokok, jika dua orang merokok dan seterusnya jika dikumpulkan asap rokok itu dan melepas ke udara tetap tercemar udara kita bukan? Begitu halnya juga asap kereta, bayangkan sebuah keluarga secara purata mempunya dua buah kereta dan menggunakannya setiap hari dan kesan asapnya yang menyebabkan pertambahan gas karbon monoksida serta menipiskan lapisan ozon selaras dengan kesan matlamat ke 13 Pembangunan Lestari perubahan Iklim. Penggunaan seharian barangan elektrik seperti penyaman udara dan banyak lagi jika kita berhemah menggunakannya pasti kita dapat membantu dunia dalam mengurangkan jumlah rumah hijau dalam negara kita. Kesan matlamat ke 13 Pembangunan Lestari perubahan Iklim ini tidak berkisar untuk kita tetapi generasi yang akan datang.

 

Kesan Matlamat ke 13 Pembangunan Lestari Perubahan Iklim

  2.0   ANALISA KARYA PELUKIS Analisa karya pelukis adalah huraian tentang hasil karya pelukis dari pelbagai aspek seperti nama dan tajuk ...